Lirik lagu “ quran dan hadis itu panduan “
Artis “ gugusan syair alif mokhter “
Menegakkan kebenaran itu amat dituntut
Terutama menyelesaikan perkara yang kusut
Kekalkanlah hingga datangnya maut
Kebaikan anda orang kan sebut
Jauhkan pula bercakap bohong
Walau di pekan maupun di kampung
Kononnya berisi sebenarnya kosong
Di mana pun tegak orang melencong
Berlaku amanat amat disuruh
Terutama menyelamatkan barang petaruh
Bila dipegang
Pegang teguh-teguh
Datang keperluannya sanggup bergaduh
Dibenci orang bila ketahuan
Sedikit petaruh lalu dimakan
Berdosa besar aDanya penyelewengan
Hak anak yatim sanggup dipunyakan
Tinggi budi tinggilah maruah
Sedia menyampaikan tiap-tiap perintah
Di mana tegak takkan gelisah
Disayangi nabi dikasihi allah
Kepada semua anak Dan cucu
Tulisan di sini bacalah selalu
Masa yang lapang taklah diperlu
Semuka sehari padalah tu
Jadikan diri mu orang pemurah
Didampingi kamu seolah-olah disembah
Si bakhil dihina dibenci allah
Tiba ketikanya hartanya musnah
Si hasad dengki amat celaka
Membuat fitnah demikian juga
Segala kebaikan sendirinya binasa
Seperti api memakan riba
Di dalam dunia hidupnya susah
Sekalipun dilihat hidupnya mewah
Di akhirat juga menerima padah
Di dalam neraka paling di bawah
Di alam ini dipenuhi cabaran
Di mana hidup menghadapai dugaan
Oleh iblis menghampiri insan
Manusia yang lalai dia kan tawan
Manusia menerima dua tempat
Mengamalkan kebaikan hidupnya selamat
Manakala yang lagi berperangai jahat
Ke mana pergi sentiasa merempat
Demikian hidup dalam masyarakat
Dia beriman mendapat hidayat
Manakala yang sesat mendapat laknat
Di mana hidupnya bergelumang maksiat
Panduan ada di depan kita
Quran Dan hadis mudah mendapatkannnya
Mereka berpegang pada keduanya
Selamat berbahagia walaupun di mana
Khamis 6
30 malam 7 mei 1992
klik disini untuk melihat lirik lagu gugusan syair alif mokhter yang lain
Disclaimer : Lirik lagu Quran dan hadis itu panduan penyanyi “Gugusan syair alif mokhter “ hanya digunakan untuk tujuan pendidikan. jika anda tertarik dengan tembang Quran dan hadis itu panduan - gugusan syair alif mokhter silakan membeli kaset, cD, dVD original “Quran dan hadis itu panduan gugusan syair alif mokhter “.
Web ini menyediakan lirik lagu atau kord gitar quran dan hadis itu panduan dan menyediakan download mP3 lagu quran dan hadis itu panduan.MP3, quran dan hadis itu panduan.MP4, quran dan hadis itu panduan.3GP gugusan syair alif mokhter, download ringtone quran dan hadis itu panduan gugusan syair alif mokhter.
Tag : Gugusan syair alif mokhter