Lirik  lagu  “  perlulah  bersabar  “
Artis  “  gugusan  syair  alif  mokhter  “

Semalam  terdapat  satu  kumpulan
Kebanyakan  mereka  adalah  perempuan
Mereka  membeli  sayur  dan  ikan
Kemudian  berbeka  pelbagai  bualan

aku  datang  mereka  terpesona
Kerana  dah  lama  tidak  berjumpa
Bertanyakan  khabar  pergi  ke  mana
Tegal  tak  tahu  aku  merana

Banyak  yang  terperanjat  setelah  tahu
Dilanda  motor  seminggu  dulu
Sekarang  dah  pulih  di  rumah  terpaku
Membuat  kerja  setakat  termampu

Ada  antaranya  menceritakan  kisah
Kedudukannya  sekarang  sudah  mewah
Berumah  batu  amatlah  indah
Katanya  pada  ku  ada  yang  marah

Rumahnya  dilontari  dengan  batu
Taklah  diketahui  siapa  pelutu
Tingkapnya  pecah  jadi  abu
Kesedihan  dirinya  akulah  tahu

aku  nasihati  supaya  Bersabar
Tetapkan  hati  banyakkan  astaghfar
Iman  usah  dibiarkan  bergegar
Sebilang  waktu  sujudlah  ke  tikar

Sedialah  bersyukur  apa  yang  terjadi
Qada  dan  qadar  ketentuan  illahi
Datangnya  tidak  kita  ketahui
Cuma  ikhtiar  cuba  dijalani

Kekal  bersyukur  jadi  pegangan
Nikmat  tuhan  dapat  berterusan
Kalau  tidak  rosaklah  iman
Mungkin  iblis  mengambil  kesempatan

Bila  iblis  telah  masuk
Kurang  iman  diri  pun  tunduk
Tersesatlah  jalan  langkah  terperosok
Dunia  akhirat  tak  senang  duduk

Buat  menolak  ajakan  syaitan
Berkumpul  berjemaah  pasti  digalakkan
Nasihat  yang  baik  mesti  dengarkan
Usah  abaikan  membaca  quran

Apatah  lagi  ada  ketikanya
Ceramah  agama  diadakan  pula
Bawalah  diri  turut  bersama
Mungkin  pengajaran  dapat  di  sana

Sepanjang  masa  dilupa  jangan
Yang  maha  berkuasa  menghidup  mematikan
Iringi  doa  hidayahnya  diharapkan
Kekal  ibadat  teguh  iman

8
40  pagi  24  april  1992

  • Ingatkan  mati
  •  

  • Tulislah  seindah  mungkin
  •  

  • Dibiar  jangan
  •  

  • Godaan  iblis
  •   klik  disini  untuk  melihat  lirik  lagu  gugusan  syair  alif  mokhter  yang  lain

    Disclaimer  :  Lirik  lagu  Perlulah  bersabar  penyanyi  “Gugusan  syair  alif  mokhter  “  hanya  digunakan  untuk  tujuan  pendidikan.  jika  anda  tertarik  dengan  tembang  Perlulah  bersabar  -  gugusan  syair  alif  mokhter  silakan  membeli  kaset,  cD,  dVD  original  “Perlulah  bersabar  gugusan  syair  alif  mokhter  “.

    Web  ini  menyediakan  lirik  lagu  atau  kord  gitar  perlulah  bersabar  dan  menyediakan  download  mP3  lagu  perlulah  bersabar.MP3,  perlulah  bersabar.MP4,  perlulah  bersabar.3GP  gugusan  syair  alif  mokhter,  download  ringtone  perlulah  bersabar  gugusan  syair  alif  mokhter.

    Tag  :  Gugusan  syair  alif  mokhter

    (will not be published)