Lagu “Pandang pandang jeling jeling”
Artis “Siti nurhaliza, feat: s. m. salim”
Cincin intan bunga selasih
Mari dipakai di waktu petang
Kenapa tuan tak mahu berkasih
Adakah orang akan melarang
Kain sarung kain terendak
Memanglah manis kalau dipakai
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai
Menjeling menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Kucuba kucuba nak bertanya
Siapa diakah namanya
Menjeling menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Bercakap bertanya dan bermesra
Jangan sampai datang rumah
Tuai padi musim dah tiba
Mari menuai di waktu pagi
Kalau begini malang menimpa
Biar kuturut kata hati
Bunga selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun bertemu juga
Kereta kuda pedati lembu
Singgah mari di tepi kuala
Tuan sutera saya belacu
Mana kan boleh berganding sama
Burung jelatik sarang kedidi
Sarang tempua sarang berjuntai
Sungguhpun cantik sutera diuji
Belacu juga tahan dipakai
klik disini untuk melihat lirik lagu siti nurhaliza, feat: s. m. salim yang lain
Disclaimer : Lirik lagu dan chord gitar Pandang pandang jeling jeling penyanyi “Siti nurhaliza, feat: s. m. salim” hanya digunakan untuk tujuan pendidikan. jika anda tertarik dengan tembang Pandang pandang jeling jeling - siti nurhaliza, feat: s. m. salim silakan membeli kaset, cD, dVD original “Pandang pandang jeling jeling siti nurhaliza, feat: s. m. salim”.
Web ini hanya menyediakan lirik lagu pandang pandang jeling jeling dan tidak menyediakan download lagu pandang pandang jeling jeling.MP3, pandang pandang jeling jeling.MP4, pandang pandang jeling jeling.3GP siti nurhaliza, feat: s. m. salim, download ringtone pandang pandang jeling jeling siti nurhaliza, feat: s. m. salim.
Tag : Siti nurhaliza, feat: s. m. salim